Showing posts with label Harapan. Show all posts
Showing posts with label Harapan. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

Azam ku

Kalau boleh semalam lagi nak tender.....

Apa pun...sekarang ni aku sedang bersemangat untuk memulakan perniagaan ku sendiri....azam ku untuk membuka Taska selewat2nyer awal tahun depan...so aku ader masa sepanjang tahun ini untuk membuat persediaan...

Ya Allah...permudahkanlah segala urusan ku dan tabahkanlah hati ku dalam perjuangan mengejar cita2 ku kali ini....amin

Monday, November 14, 2011

Sinaran dan Harapan Baru

Alhamdulillah, akhirnyer Abang berjaya mendapatkan jalan untuk menyelesaikan masalah kewangan kami.

Kami akan mengeluarkan duit EPF untuk pembayaran ansuran rumah. Selepas dikira ditolak dibahagi, nampak gayanyer kami tidak akan mengalami masalah duit lagi, insyaAllah.

Perbelanjaan makan kami suami isteri dan seisi keluarga dapat diperuntukkan, dan kami masih boleh menyimpan.

Moga2 permohonan pengeluaran EPF kami diluluskan.

Ya Allah, aku bersyukur ke hadrat mu kerana memberikan kami jalan dan menguatkan hati kami dalam menempuh dugaan mu.

Thursday, October 13, 2011

Semoga temuduga berjaya dan dapat memperbaiki kedudukan kewangan kami sekeluarga

Hari ni, abang akan ditemuduga, semoga abang berjaya mendapat pekerjaan itu dan dapat mengukuhkan lagi kewangan kami yang agak tenat ni

Kekadang aku rasa macam nak jerit pun ader sebab penat lelah bekerja siang malam tapi in the end, tak dapat nak menikmatinyer. Semuanyer habis ke bank dek bayar hutang yang keliling pinggang tu. Aku masih bleh bendung lagi sebab aku ni jenis pendam dan tak kan bersuara tentang duit...tapi aku kesian kat abang...aku tau ...duit makan abang di ofis pun tak der...

Aku jeles tengok member2 aku yang selamber jer kuar lunch tiap ari....makan pun bleh tahan juga..segala restoran yang baru semua dicubanyer...mereka langsung tak der masalah duit. Tak per lah...nasib masing2....aku kini sedang bersusah2, arap2 kemudian ari aku abang dan anak2 akan bersenang2 juga....Ya Allah dengarlah keluhan hambamu ini...

Apa pun, aku mengharapkan sinar harapan ini, sekurang-kurangnyer aku masih boleh berharap...

InsyaAllah, aku redha dengan dugaan Allah buat kami sekeluarga....semoga kami tabah menghadapinyer.