Tuesday, November 22, 2011

Alhamdulillah, masalah kewangan kami bakal berakhir, insyaAllah

Alhamdulillah, aku panjatkan rasa penuh kesyukuran kerana Allah S.W.T telah membuka jalan buat kami sekeluarga untuk keluar dari masalah kewangan yang menghimpit kami hampir 3 tahun.

Siang tadi aku dan abang ambil cuti untuk menguruskan perihal tersebut dan alhamdulillah segalanyer berjalan dengan lancar.

Aku siap bernazar, sekiranyer ia diluluskan aku akan membelanja ibu bapa dan adik2 ku yang yang masih single makan2.....lagipun dah lama aku tak belanja mereka.....aaahh..tak sabar rasanyer...

Semoga aku dan abang tidak leka pula dengan rezeki yang mendatang, amin

Thursday, November 17, 2011

Semoga Abang cepat sembuh

Abang dah 2 hari tak keja, dapat MC sebab BP reading sangat high....aku risau sangat ..selalu dah abang kena cam ni...

Mulai hari ini, aku nak pantau diet Abang, nak masak menu sihat tiap ari...makan nasi sekali sehari jer....

Sian pun ader, sebab abang jenis kuat makan...nak tahan2 cam menyeksa dia jer rasa....tapi takpa...sebab aku sayangkan dia lah maka aku kena strict kali ni....

Lepas ni nak rancang diet sebulan untuk abang...kasik dia tengok dan approve...

Semoga BP reading Abang kembali normal dan abang tak pening2 lagi

Ya Allah, jauhilah Abang dan seluruh kaum keluargaku daripada malapetaka dan bencana serta penyakit yang berbahaya, amin

Monday, November 14, 2011

Sinaran dan Harapan Baru

Alhamdulillah, akhirnyer Abang berjaya mendapatkan jalan untuk menyelesaikan masalah kewangan kami.

Kami akan mengeluarkan duit EPF untuk pembayaran ansuran rumah. Selepas dikira ditolak dibahagi, nampak gayanyer kami tidak akan mengalami masalah duit lagi, insyaAllah.

Perbelanjaan makan kami suami isteri dan seisi keluarga dapat diperuntukkan, dan kami masih boleh menyimpan.

Moga2 permohonan pengeluaran EPF kami diluluskan.

Ya Allah, aku bersyukur ke hadrat mu kerana memberikan kami jalan dan menguatkan hati kami dalam menempuh dugaan mu.

Friday, November 4, 2011

Hatiku diguris lagi

Aku dimarahi lagi oleh abang...aku sangat stress...dengan kerja ofis yang terpaksa dibawa balik rumah...dengan rumah yang bersepah2....dengan dinner yang aku kena prepare ....

Aku sedih lagi....sampai sakit dadaku.....

HP ku hilang dalam kesibukkan ku membuat support office dari rumah....aku jadi marah....lalu aku minta abang tolong carikan.....abang turun dan carikan dengan marah2....tak boleh ker abang berlembut....cukupla aku yang naik angin....kena marah plak lagi ngan abang.....dia kata kenapa silentkan hp tu....kat rumah tak yah la nak bersilent2...tempelaknyer pada ku...

Terus aku jadi down....kemarahan ku lenyap dan diganti dengan perasaan sedih....aku menangis dalam hati....Allah sajer yang tahu...