Tuesday, November 22, 2011

Alhamdulillah, masalah kewangan kami bakal berakhir, insyaAllah

Alhamdulillah, aku panjatkan rasa penuh kesyukuran kerana Allah S.W.T telah membuka jalan buat kami sekeluarga untuk keluar dari masalah kewangan yang menghimpit kami hampir 3 tahun.

Siang tadi aku dan abang ambil cuti untuk menguruskan perihal tersebut dan alhamdulillah segalanyer berjalan dengan lancar.

Aku siap bernazar, sekiranyer ia diluluskan aku akan membelanja ibu bapa dan adik2 ku yang yang masih single makan2.....lagipun dah lama aku tak belanja mereka.....aaahh..tak sabar rasanyer...

Semoga aku dan abang tidak leka pula dengan rezeki yang mendatang, amin

No comments:

Post a Comment